Saya Tak Romantik Tapi Seorang Suami Yang Setia Dan Bapa Penyayang – Shaheizy Sam

Diposting pada

Lebih privasi dalam kehidupan peribadinya, pelakon Shaheizy Sam dan isterinya Syatilla Melvin tidak dilabelkan sebagai pasangan selebriti yang digilai ramai, kata orang tiada istilah ‘couple goals’.

 

 

Mengakui dirinya bukanlan seorang yang romantik, Sam bagaimanapun seorang ‘family man’ yang setia pada isterinya dan seorang bapa yang penyayang. Itu lebih bermakna dan penting.

Sam sebenarnya sensitif sikit pasal family ni. Sam tak banyak share benda yang Sam buat and terus upload kat ig. Melainkan benda tu tentang kerja atau shooting lakonan Sam untuk orang nak tahu tentang industi hiburan tempatan.

 

 

Kadang-kadang saya terfikir yang saya ni pun bukanlah romantik sangat, nak tenung mata lama-lama. Tapi yang paling penting Sam jenis bapa yang penyanyang untuk Syerif dan suami yang setia untuk Syatilla.

 

 

Fuh! Memang respek habis dekat Sam yang tidak perlu terlalu menjaja kisah peribadinya dan kemesraan bersama isteri tercinta hanya untuk mendapat gelaran pasangan selebriti popular. Biarlah bahagia yang dikecapi hanya mereka sekeluarga yang merasa. Tidak perlu nak tayang.

Sumber Berita : Media Hiburan

repost : beautifulnara

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *