Gary Neville: Saya Pernah Berdepan Romário, Dia Penyerang Yang Menakutkan

Diposting pada

Bekas pemain Manchester United, Gary Neville mengakui bahawa legenda bola sepak Brazil, Romário de Souza Faria adalah merupakan penyerang yang paling sukar pernah dihadapi sepanjang kariernya.

 

Menurut Neville, Romário memiliki teknik dan corak permainan luar biasa yang mampu memberi ancaman dan tekanan paling hebat keatas setiap pemain pertahanan.

Neville yang mewakili Manchester United sepanjang kariernya pernah berkesempatan bertemu Romário ketika beliau disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan menentang wakil dari Brazil, CR Vasco da Gama dalam kejuaraan bola sepak diantara kelab-kelab dunia pada tahun 2000.

Pada ketika itu, Red Devils terpaksa menelan kekalahan memalukan apabila ditewaskan dengan keputusan 1-3.

Barisan pertahanan United yang dibarisi oleh Gary Neville, Denis Irwin, Jaap Stam dan Mikaël Silvestre gagal mengekang asakan dari serangan lawan sehingga terpaksa melepaskan tiga gol, dua gol daripadanya dihasilkan oleh Romário.

“Romário adalah pemain yang luar biasa menurut saya.” jelas Neville menerusi Mirror

“Dia memiliki kepantasan yang tidak mampu kita bayangkan, dan dia juga mampu melepasi setiap kawalan dari pertahanan. Sangat luar biasa.”

Tidak hanya itu, Neville turut mengungkap bahawa Romário adalah penyerang yang paling menakutkan yang pernah dihadapinya.


“Bagi saya, Romário adalah pemain yang paling menakutkan.”

“Saya masih ingat ketika dia berdiri dihadapan saya, dan ketika itu saya berfikir yang dia mungkin berada dalam kawalan saya.”

“Namun, secara tiba-tiba dia berputar dan berjaya melepasi saya dalam masa sekelip mata.”

“Saya tidak percaya dengan gerakan itu.”

Tambahnya lagi, “Romário mampu mengubah arah ketika sedang membuat kawalan bola sambil berlari dengan pantas.”

“Saya mampu menghadapi penyerang yang memiliki kepantasan, tetapi jika seperti itu (Romário) ia adalah mimpi buruk untuk saya dan pasti kepada setiap pemain pertahanan.”

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *